Pages

Friday, June 10, 2011

Meniti Syurga Cinta [novel] Bab 1

“Huishhh… cuaknya… Subhanallah, subhanallah, subhanallah…” Kepalanya menunduk dan mengucap tasbih bagi menenangkan hatinya yang semakin berdebar kencang. “Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini…” hatinya berdoa.

 Keriuhan di luar perkarangan masjid semakin riuh kedengaran suara kanak-kanak riang. Hati ini betul-betul terusik.  Dan bertambah terusik lagi apabila banyak mata-mata yang memandangnya. Matanya cuba memerhati para hadirin yang hadir ke majlis besarnya dalam seumur hidupnya. Matanya melilau. Allah ramainya. Guru-guru bekas sekolahnya pun ada… junior budak bekas sekolahnya pun ada…  budak-budak kelasnya pun ada… budak-budak kampusnya pun ada… Adui… benar-benar tercabar bagi diri ini…

Di suatu sudut ia melihat sang bidadari duduk tersipu malu. Wajahnya tidak dapat dilihat kerana ditutupi kain pengantin. Deberannya kian terasa kencang tetapi hatinya terus mekar bak bagai bunga-bunga di taman syurga. Lagu-lagu cintanya berdendang.
“Subhanallah. Indahnya cintaku ini ya Allah… Semoga cintaku ini mendapat restu-Mu.”, hatinya berdesir.

“Salman! Kamu dah bersedia?” tanya Ustaz Mustafa yang merangkap qadi dalam majlis pernikahannya. Bakal ayah mertuanya tersenyum di samping Ustaz Mustafa. Mukanya terus berubah merah. Peluhnya meleleh di seluruh anggota badannya. Hatinya yang berdegup kencang semakin hampir ke puncaknya.

“in…in..insya Allah, ana…bersedia” jawab Salman ketar.

Dalam kegemuruhan suasana ia dapat merasai bahawa ia bakal menikahi dengan seorang bidadari yang selalu bermain-main di hatinya sebelum ini. Haram!! Tapi lepas kahwin ni dah tak haram lagi. Wah, syoknyaaa…

“Baiklah, kita mulakan sekarang ya.”. Bakal bapa mertua Salman segera menjalankan tugas sebagai wali untuk menikahkan anaknya dengan Salman. Tangannya menghulur dan Salman menyahut dengan salaman yang erat diperhatikan oleh Ustaz Mustafa. Majlis akad nikah bakal berlangsung.

“Salman Faris bin Abdul Kadir. Akan aku nikahkan dikau dengan puteriku,…”

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...