Pages

Thursday, August 18, 2011

BADAR al-KUBRO: Penentu Masa Depan Islam

17 Ramadhan.
Sudah menjadi kebiasaan kita, umat Islam di Malaysia, apabila di katakan tentang 17 ramadhan sahaja pasti akan menyebut tentang 'Nuzul al-Quran'. Ya, ia memang adalah peristiwa yang sangat bermakna dan ia adalah selari dengan ayat 185, surah al-Baqarah. Tetapi dalam ayat ini ia tidak menyebut bilakah 'tarikh' turunnya al-Quran. Majoriti ulama' bersepakat ianya turun pada 17 ramadhan.

Tetapi sedar tidak sedar ramai yang sudah melupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi sejarah dunia Islam. Ianya memang berlaku pada 17 ramadhan. Ianya tentang hidup dan mati agama Allah. Jika ia mati maka nama ISLAM pasti tidak kedengaran pada hari ini. Jika ia mati, saya, awak, kamu bukanlah muslim pada hari ini. Jika ia mati, dunia ini di ambang kehancuran.



Ianya adalah peristiwa Perang Badar. Saya ingin mengajak kamu semua berfikir.

~313 tentera muslim vs 1000 tentera musyrikin. Jika musyrikin menang apa yang akan terjadi?

~Jika rasulullah, Abu Bakar, Umar, Hamzah dan lain2 syahid. Apakah yang akan terjadi?

Jika mereka ini syahid. Tiada siapa yang akan beriman dengan Allah. Tiada siapapun akan mengucap dua kalimah syahadah. Kerana mereka adalah tulang belakang agama Allah.

Mengapa saya mengatakan perang badar ini adalah penentu? Adakah perang2 lain tidak begitu penting?

Keadaan ketika itu agama Islam adalah agama yang ditentang. Agama yang dibenci. Agama yang dicaci. Agama yang difitnah. Segala bentuk negatif ini dilontarkan kepada Islam. Lihat sajalah peristiwa rasulullah berdakwah di Taif.

Perang Badar ini adalah pertembungan 'THIQAH' bermakna KEPERCAYAAN. Jika musyrikin menang, ia terus dipercayai sebagai kuasa besar. Latta dan Uzza terus disembah.
Jika Islam menang, masyarakat mula membuat pertimbangan. Mereka mula mencari, "apakah itu agama Islam?". Masyarakat meragui dan mempersoalkan kuasa Latta dan Uzza.


Rehlah Masyie adalah program tahunan ISMA bagi memperingati
peristiwa Badar Kubro. Berjalan kaki lebih 10km dalam keadaan
berpuasa.
Sungguh, perancangan Allah itu sangat cantik. Islam mengecapi kemenangan di Badar. Walaupun hanya 313 bilangan tentera muslimin tetapi Allah tidak membenarkan musuh Islam memadam cahayaNya. Bantuan malaikat yang berbondong-bondong menguatkan lagi tentera 313.

Setelah tentera muslimin mengecapi kemenangan, kepercayaan masyarakat arab mula bertumpu kepada Islam. Pedagang yang selama ini hanya berkiblatkan pada Mekah mula beralih pada Madinah. Tentera yang sedikit mengalahkan tentera yang ramai menyebabkan ramai sudah tidak memandang akan kuasa Latta dan Uzza.

Friday, June 10, 2011

Meniti Syurga Cinta [novel] Bab 1

“Huishhh… cuaknya… Subhanallah, subhanallah, subhanallah…” Kepalanya menunduk dan mengucap tasbih bagi menenangkan hatinya yang semakin berdebar kencang. “Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini…” hatinya berdoa.

 Keriuhan di luar perkarangan masjid semakin riuh kedengaran suara kanak-kanak riang. Hati ini betul-betul terusik.  Dan bertambah terusik lagi apabila banyak mata-mata yang memandangnya. Matanya cuba memerhati para hadirin yang hadir ke majlis besarnya dalam seumur hidupnya. Matanya melilau. Allah ramainya. Guru-guru bekas sekolahnya pun ada… junior budak bekas sekolahnya pun ada…  budak-budak kelasnya pun ada… budak-budak kampusnya pun ada… Adui… benar-benar tercabar bagi diri ini…

Di suatu sudut ia melihat sang bidadari duduk tersipu malu. Wajahnya tidak dapat dilihat kerana ditutupi kain pengantin. Deberannya kian terasa kencang tetapi hatinya terus mekar bak bagai bunga-bunga di taman syurga. Lagu-lagu cintanya berdendang.
“Subhanallah. Indahnya cintaku ini ya Allah… Semoga cintaku ini mendapat restu-Mu.”, hatinya berdesir.

“Salman! Kamu dah bersedia?” tanya Ustaz Mustafa yang merangkap qadi dalam majlis pernikahannya. Bakal ayah mertuanya tersenyum di samping Ustaz Mustafa. Mukanya terus berubah merah. Peluhnya meleleh di seluruh anggota badannya. Hatinya yang berdegup kencang semakin hampir ke puncaknya.

“in…in..insya Allah, ana…bersedia” jawab Salman ketar.

Dalam kegemuruhan suasana ia dapat merasai bahawa ia bakal menikahi dengan seorang bidadari yang selalu bermain-main di hatinya sebelum ini. Haram!! Tapi lepas kahwin ni dah tak haram lagi. Wah, syoknyaaa…

“Baiklah, kita mulakan sekarang ya.”. Bakal bapa mertua Salman segera menjalankan tugas sebagai wali untuk menikahkan anaknya dengan Salman. Tangannya menghulur dan Salman menyahut dengan salaman yang erat diperhatikan oleh Ustaz Mustafa. Majlis akad nikah bakal berlangsung.

“Salman Faris bin Abdul Kadir. Akan aku nikahkan dikau dengan puteriku,…”

***

Saturday, April 23, 2011

Perjalanan Dalam Memahami "MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT"-part 1

Dalam memahami slogan yang dibawa oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya akur dan akui. Apatah lagi dengan diri ini yang sinonim dengan surat khabar Harakah sejak di sekolah menengah lagi. Rasanya, tak payah kot menceritakan kandungan surat khabar tersebut. Tak kisah lah surat khabar apa pun, Siasah ke, Utusan ke atau DAP punya surat khabar ke... Semua sama je, pertahankan perjuangan mereka kemudian selit-selit sikit kutukan2. Dah boleh agak dah pun.


OK...Saya mula cerita saya dengan daurah (seminar) yang saya hadiri. Dalam slot sirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ismail (YDP ISMA KL, Sekretiat Dakwah ISMA Pusat), di akhir slot itu dia menceritakan tentang melayu, hak2 orang melayu yang kian terhakis dan sekian2. Hati saya pun rasa gusar. "Ish... ustaz ni UMNO ke? cerita-cerita melayu pulak ni.", hati saya berkata. Biasalah, memang dah jadi satu corak pun kat malaysia ni, hukumnya adalah kalau dia bukan PAS mesti UMNO. Masalah betul la. Tak pe, saya diam untuk sementara. Mungkin lain hari boleh tibai dan bertanya soalan.



Cerita yang seterusnya... Kami PEMBINA UIA PJ dan UM menganjurkan muqhayyam (perkhemahan) di pantai Sepat, Kuantan. Di akhir tentatif kami adalah slot perkongsian bersama Ustaz Muhammad Ismail juga. Mungkin ni ada peluang bertanyakan soalan yang sudah lama berlegar-legar di benak ini. Pada permulaan perkongsian itu, dia menceritakan pengalamannya semasa di Mesir. Tak lama kemudian dia menceritakan suasana politik di Malaysia. Saya dah tak berapa nak ingat apa yang diceritakan oleh ustaz. Yang saya ingat dia ada cerita tentang isu kerajaan perpaduan yang hangat pada masa tu. Kemudian ada cerita pasal DAP sikit serta perjuangan mereka. Ohh.. baru saya tahu siapa sebenarnya DAP ni. Mungkin YB Guan Eng je yang baik (ye la dia kata nak jadi Umar Abd Aziz), tapi  ahli yang lain? bagaimana pula? Pada hari itu saya boleh terima dengan perjuangan Melayu. Jadi tak perlulah bertanya soalan. Ianya sudah terjawab.

Fikrah ini dikuatkan lagi apabila saya membaca "copy" Dakwatuna (Dakwah Kita)-Imam Hasan al-Banna. Ianya diberi oleh akh Uzair. Dalam bahan bacaan tersebut Imam Hasan al-Banna ada menyebut tentang "Nasionalisme". Lantas hati pun fikir bukan-bukan "Imam Hasan al-Banna ni betul ke tak?" atau "ada puak2 UMNO ni yang edit..." ish biar betul. Mujadid agung ni, takkan la dia menulis tentang "Nasionalisme". Tak pe, hati ini berhusnu zon (bersangka baik). Cuba ambil intipati yang ingin disampaikan oleh as-Syahid Imam. Tapi kurang faham. Kena tanya ustaz ni.





Pada awal tahun 2010, ISMA menganjurkan sebuah Konvensyen yang saya rasa ia agak penting dan besar. Iaitu Konvensyen Pemikiran Imam Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa. Saya semakin boleh menerima dan saya yakini pemikiran Imam boleh membawa kepada kegemilangan Islam. Dalam konvensyen tersebut, ia menceritakan tentang fahaman Humanisme yang dibawa oleh barat. Kemudian ia bercambah kepada banyak seperti sekular, liberal, demokrasi, materialistik, dan macam2 lagi. Pemikran Imam Hasan al-Banna berlandaskan Islam yang syumul yang meliputi aspek ibadah, poltik, tanah air, bangsa dan lain2. Pemikiran tersebut mampu melawan agenda2 yang dibawa oleh barat. Islam yang syumul tidak mungkin tertegak di bawah sistem Barat.

Bersambung...

mari kita nyanyi lagu ISMA bersama2 dengan Nazrey Johani...

Wednesday, April 6, 2011

Pendahuluan

Ini merupakan sebahagian daripada pendahuluan karya saya. Tapi saya kurang pasti bahawa saya dapat menghasilkan sebuah novel atau tidak. Maka saya memerlukan pembaca untuk memberi sedikit pandangan terhadap penulisan saya. :)

Gambar Hiasan

“Huishhh… cuaknya… Subhanallah, subhanallah, subhanallah…” Kepalanya menunduk dan mengucap tasbih bagi menenangkan hatinya yang semakin berdebar kencang. “Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini…” hatinya berdoa.

 Keriuhan di luar perkarangan masjid semakin riuh kedengaran suara kanak-kanak riang. Hati ini betul-betul terusik.  Dan bertambah terusik lagi apabila banyak mata-mata yang memandangnya. Matanya cuba memerhati para hadirin yang hadir ke majlis besarnya dalam seumur hidupnya. Matanya melilau. Allah ramainya. Guru-guru x-sekolahnya pun ada… junior budak x-sekolahnya pun ada…  budak-budak kelasnya pun ada… budak-budak kampusnya pun ada… Adui… benar-benar tercabar diri ini…

“Salman! Kamu dah bersedia?” tanya Ustaz Mustafa yang merangkap qadi dalam majlis pernikahannya. Bakal ayah mertuanya tersenyum di samping Ustaz Mustafa. Mukanya terus berubah merah. Peluhnya meleleh di seluruh anggota badannya. Hatinya yang berdegup kencang semakin hampir ke puncaknya.

“in…in..insya Allah, ana…bersedia” jawab Salman ketar.

Dalam kegemuruhan suasana ia dapat merasai bahawa ia bakal menikahi dengan seorang bidadari yang selalu bermain-main di hatinya sebelum ini. Haram!! Tapi lepas kahwin ni dah tak haram lagi. Wah, syoknyaaa..
 
***************

“Whhooooo…” Lagu-lagu angin menderu laju kedengaran. Pohonan menurut kehendak rentak tarian arah angin dan begitu juga dengan dahan-dahan yang  menari ke kiri dan kanan. Waktu malam yang mendung sudah mula menurunkan titisan-titisan hujan sejak awan mendung menghadirkan diri di waktu senja tadi. Tarian perlahan titisan hujan mula kedengaran di atap rumah. Lama kelamaan tarian itu semakin laju dan keras. Hujan lebat pun membasahi ke bumi.

Dalam keheningan malam yang berkeadaan hujan lebat sebegitu jarang manusia kutu malam merayau-rayau di taman perumahan. Kebiasaannya mereka sering melepak di taman permainan sambil memetik gitar dan menyanyi dengan girang.

Seorang pemuda di jendela memerhati titisan-titisan hujan yang turun dengan derasnya sambil mendakap tubuhnya yang mula sedang merasai kesejukan.

“Uiii… Lebatnya hujan… tak dapat la keluar malam ni…”lirih Salman.

 “Excuse me boss, you have one new text message…” sms alert dari handphone Salman kedengaran. Lantas Salman beralih daripada jendela terus mencapai handphonenya di atas katilnya lalu membuka sms tersebut,

Bro!!! mlm nie x jd la…
Hjan kot… Kte jmpa kt sklh je la esk…
Aq dh bagitau kt yg laen2…

Friday, April 1, 2011

Jati Diri Yang Hilang

Setelah lebih kurang 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka, umat melayu muslim kini sudah berada dalam kemunduran yang amat dahsyat. Kepejatan akhlak dalam kalangan remaja melayu muslim terutamanya telah menimbulkan kegusaran hati saya untuk melihat masa depan Islam yang gemilang.

Kini, bangsa melayu selalu dikaitkan dengan pemalas, assobiyah, pelupa dan macam2 lagi. Tetapi benarkah itu semua? Adakah ianya semula jadi? Apabila saya melihat kembali susur galur sejarah peradaban melayu, ianya tidak seperti yang dikaitkan pada hari ini.



Dahulunya bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal peramahnya, kata-kata kiasan yang cantik, sopan-santunnya, lebih mendahulukan orang lain (itsar) dan lain2 lagi. Sifat ini memang tidak dinafikan bahawa ianya memang sangat terpuji dalam Islam. Bangsa2 lain pun turut memuji dengan peradaban melayu suatu ketika dahulu.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya bahawa mengapa saya menulis tentang melayu. Mengapa tidak menulis tentang Islam bahawa Islam itu kan universal.


Bagi pengamatan saya, melayu itu sudah tentunya muslim. Apabila bangsa melayu sudah kembali membina jati diri mereka semula sudah pasti suatu gelombang baru akan meletus di tanah air tercinta ini.
Gelombang yang akan menuju kepada khilafah Islam di tanah air kita. Ianya akan terhasil apabila setiap individu melayu muslim sudah mengenalpasti jati diri mereka kerana mereka adalah majoriti umat Islam terbesar dalam negara kita. Sekirapun adanya cina muslim mahupun india muslim mereka pun turut berasa berbangga dengan cetusan revolusi ini.



Saya lebih berminat dengan analogi yang dibawakan oleh Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 24-25. Perbandingan yang sangat sungguh kreatif.

"Tidakkah kamu memperhatikan bagimana Allah telah membuat perumpamaan  kalimat yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit."
"(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin  Tuhannya . Dan Allah  membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat."



Saya begitu amati dengan ayat ini. Ianya membuka suatu pencerahan kepada umat Islam untuk kembali gemilang. Dahulunya bangsa kita hebat kerana akarnya bertunjangkan agama Allah dan ianya menjulang ke langit tinggi maka ia hebat di mata dunia. Menghasilkan buah yang baik dan bermanfaat untuk seluruh manusia. Inilah pohon bangsa begitu terpuji dalam Islam. Bahawasanya Islam tidak menolak dan menghapuskan bangsa kerana ia adalah alat kedaulatan syariat Islam.



Pada keselurahan penulisan saya ini mengajak dan menyeru kepada pembaca untuk mengembalikan jati diri islam kita dan sampaikan kepada yang lain. Kembali kepada Islam. Bahawa peradaban melayu banyak berkait rapat dengan Islam. Ini merupakan satu fasa yang bawah dan ianya bersifat sementara untuk menuju kegemilangan Islam.

Saya ingin memetik ucapan daripada as-Syahid Imam Hasan al-Banna sebagai penutup:

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku  kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain”


MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT
MEMBINA GENERASI HARAPAN

Sunday, March 27, 2011

Sedar atau Tidak Sedar atau Buat-Buat Tak Sedar???

Dalam entri ini saya lebih menukilkan kata-kata luahan hati saya sebagai seorang pemuda yang mengambil perhatian terhadap perkembangan arus perdana yang berlaku di Malaysia ini.
Sebelum itu, ingin berkongsi sedikit tentang perihal saya semasa zaman persekolahan saya. Dari dahulu lagi ,sejak di bangku sekolah menangah saya sudah terlibat dengan cerita2 politik. Mungkin agak pelik dan jarang kita melihat budak2 sekolah menceritakan tentang politik di sekolah. Silap2 boleh didakwa di mahkamah pengetua jika fahaman politik yang berlainan. Fahaman politik saya pada masa itu lebih ke arah puak islamis kerana mereka memperjuangkan kedaulatan islam.

Pada tahun 2008, sewaktu itu saya berada di tingkatan 5. Tahun itulah paling banyak saya bercerita tentang politik dengan rakan sekelas dan setingkatan. Maklumlah pilihan raya. Mestilah kena berkempen. Sehinggakan saya berkempen dalam berbentuk tulisan dalam ujian bulanan karangan BM. haha... semangat... maklumlah darah panas remaja.

Tahun demi tahun berjalan mengikut sunnatullah. Fikiran semakin berputik dengan matangnya. Maka lahirlah saya yang baru. Apa yang baru? Fikrah siyasi (fahaman politik) saya. Pandangan saya terhadap politik sekarang. Permainan politik malaysia tidak pernah berubah tapi
pandangan saya berubah. Dahulu saya begitu taklid dengan merujuk pada surat khabar sahaja tanpa memahami maqasid syarak (tujuan syarak).

Apa yang saya lihat sekarang adalah pertelingkahan antara muslim melayu sesama mereka yang tidak ada tanda2 ia akan berakhir. Kerana apa?
Angkara dasar politik yang berlainanlah yang menyebabkan mereka bergaduh.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang pertelingkahan tersebut. Apa yang saya bimbangkan adalah gerakan kristianisasi semakin berani, manusia liberal semakin lantang. Suara permintaan mereka selalu didengar dalam arena politik. Adakah kesamarataan agama yang mereka mahukan?
Baru-baru ini mereka telah melancarkan kitab injil dalam terjemahan Bahasa Melayu yang dinamakan al-Kitab. Bukan sekali dua mereka pinta. Sebelum ini mereka mendesak supaya non-muslim boleh dilantik sebagai peguam syaraie, isu penggunaan kalimah Allah dan macam2 lagi.

Tujuan mereka bukanlah sekadar melayu itu masuk ke dalam agama mereka, tapi cukuplah orang melayu keluar dari agama Islam. Dengan tujuan ini mereka dapat hancurkan status yang orang melayu itu adalah bukan beragama Islam untuk selamanya. Maka tiadalah status bangsa Islam di muka bumi Allah selepas ini. Betapa hinanya kita ini di hadapan Allah nanti.

Cukuplah kejatuhan status Islam dalam bangsa Arab dan Turki sebagai pengajaran bagi kita.
Cukuplah pemimpin melayu muslim bergaduh sesama sendiri. Ia tidak mnguntungkan agama Islam bagi negara kita.
Yang kita mahukan adalah kesepakatan pemimpin melayu muslim yang merupakan tonggak untuk menjaga kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini.
Gunakanlah formula "Meletakkan agama Islam atas segala sesautu" yang diajarkan oleh rasulullah SAW demi menjaga kedaulatan Islam itu sendiri.
Aus dan Khazraj sebagai contoh bagi intipati dalam kesepakatan kerana mereka tahu bahawa bangsa Arab mereka mampu mencipta sejarah.

"melayu sepakat, Islam berdaulat"
MEMBINA GENERASI HARAPAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...