Pages

Friday, April 1, 2011

Jati Diri Yang Hilang

Setelah lebih kurang 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka, umat melayu muslim kini sudah berada dalam kemunduran yang amat dahsyat. Kepejatan akhlak dalam kalangan remaja melayu muslim terutamanya telah menimbulkan kegusaran hati saya untuk melihat masa depan Islam yang gemilang.

Kini, bangsa melayu selalu dikaitkan dengan pemalas, assobiyah, pelupa dan macam2 lagi. Tetapi benarkah itu semua? Adakah ianya semula jadi? Apabila saya melihat kembali susur galur sejarah peradaban melayu, ianya tidak seperti yang dikaitkan pada hari ini.



Dahulunya bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal peramahnya, kata-kata kiasan yang cantik, sopan-santunnya, lebih mendahulukan orang lain (itsar) dan lain2 lagi. Sifat ini memang tidak dinafikan bahawa ianya memang sangat terpuji dalam Islam. Bangsa2 lain pun turut memuji dengan peradaban melayu suatu ketika dahulu.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya bahawa mengapa saya menulis tentang melayu. Mengapa tidak menulis tentang Islam bahawa Islam itu kan universal.


Bagi pengamatan saya, melayu itu sudah tentunya muslim. Apabila bangsa melayu sudah kembali membina jati diri mereka semula sudah pasti suatu gelombang baru akan meletus di tanah air tercinta ini.
Gelombang yang akan menuju kepada khilafah Islam di tanah air kita. Ianya akan terhasil apabila setiap individu melayu muslim sudah mengenalpasti jati diri mereka kerana mereka adalah majoriti umat Islam terbesar dalam negara kita. Sekirapun adanya cina muslim mahupun india muslim mereka pun turut berasa berbangga dengan cetusan revolusi ini.



Saya lebih berminat dengan analogi yang dibawakan oleh Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 24-25. Perbandingan yang sangat sungguh kreatif.

"Tidakkah kamu memperhatikan bagimana Allah telah membuat perumpamaan  kalimat yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit."
"(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin  Tuhannya . Dan Allah  membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat."



Saya begitu amati dengan ayat ini. Ianya membuka suatu pencerahan kepada umat Islam untuk kembali gemilang. Dahulunya bangsa kita hebat kerana akarnya bertunjangkan agama Allah dan ianya menjulang ke langit tinggi maka ia hebat di mata dunia. Menghasilkan buah yang baik dan bermanfaat untuk seluruh manusia. Inilah pohon bangsa begitu terpuji dalam Islam. Bahawasanya Islam tidak menolak dan menghapuskan bangsa kerana ia adalah alat kedaulatan syariat Islam.



Pada keselurahan penulisan saya ini mengajak dan menyeru kepada pembaca untuk mengembalikan jati diri islam kita dan sampaikan kepada yang lain. Kembali kepada Islam. Bahawa peradaban melayu banyak berkait rapat dengan Islam. Ini merupakan satu fasa yang bawah dan ianya bersifat sementara untuk menuju kegemilangan Islam.

Saya ingin memetik ucapan daripada as-Syahid Imam Hasan al-Banna sebagai penutup:

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku  kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain”


MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT
MEMBINA GENERASI HARAPAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...