Pages

Thursday, August 18, 2011

BADAR al-KUBRO: Penentu Masa Depan Islam

17 Ramadhan.
Sudah menjadi kebiasaan kita, umat Islam di Malaysia, apabila di katakan tentang 17 ramadhan sahaja pasti akan menyebut tentang 'Nuzul al-Quran'. Ya, ia memang adalah peristiwa yang sangat bermakna dan ia adalah selari dengan ayat 185, surah al-Baqarah. Tetapi dalam ayat ini ia tidak menyebut bilakah 'tarikh' turunnya al-Quran. Majoriti ulama' bersepakat ianya turun pada 17 ramadhan.

Tetapi sedar tidak sedar ramai yang sudah melupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi sejarah dunia Islam. Ianya memang berlaku pada 17 ramadhan. Ianya tentang hidup dan mati agama Allah. Jika ia mati maka nama ISLAM pasti tidak kedengaran pada hari ini. Jika ia mati, saya, awak, kamu bukanlah muslim pada hari ini. Jika ia mati, dunia ini di ambang kehancuran.



Ianya adalah peristiwa Perang Badar. Saya ingin mengajak kamu semua berfikir.

~313 tentera muslim vs 1000 tentera musyrikin. Jika musyrikin menang apa yang akan terjadi?

~Jika rasulullah, Abu Bakar, Umar, Hamzah dan lain2 syahid. Apakah yang akan terjadi?

Jika mereka ini syahid. Tiada siapa yang akan beriman dengan Allah. Tiada siapapun akan mengucap dua kalimah syahadah. Kerana mereka adalah tulang belakang agama Allah.

Mengapa saya mengatakan perang badar ini adalah penentu? Adakah perang2 lain tidak begitu penting?

Keadaan ketika itu agama Islam adalah agama yang ditentang. Agama yang dibenci. Agama yang dicaci. Agama yang difitnah. Segala bentuk negatif ini dilontarkan kepada Islam. Lihat sajalah peristiwa rasulullah berdakwah di Taif.

Perang Badar ini adalah pertembungan 'THIQAH' bermakna KEPERCAYAAN. Jika musyrikin menang, ia terus dipercayai sebagai kuasa besar. Latta dan Uzza terus disembah.
Jika Islam menang, masyarakat mula membuat pertimbangan. Mereka mula mencari, "apakah itu agama Islam?". Masyarakat meragui dan mempersoalkan kuasa Latta dan Uzza.


Rehlah Masyie adalah program tahunan ISMA bagi memperingati
peristiwa Badar Kubro. Berjalan kaki lebih 10km dalam keadaan
berpuasa.
Sungguh, perancangan Allah itu sangat cantik. Islam mengecapi kemenangan di Badar. Walaupun hanya 313 bilangan tentera muslimin tetapi Allah tidak membenarkan musuh Islam memadam cahayaNya. Bantuan malaikat yang berbondong-bondong menguatkan lagi tentera 313.

Setelah tentera muslimin mengecapi kemenangan, kepercayaan masyarakat arab mula bertumpu kepada Islam. Pedagang yang selama ini hanya berkiblatkan pada Mekah mula beralih pada Madinah. Tentera yang sedikit mengalahkan tentera yang ramai menyebabkan ramai sudah tidak memandang akan kuasa Latta dan Uzza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...