Pages

Wednesday, December 31, 2008

SEMANGAT JIHAD


“Sesungguhnya Allah Firman Allah SWT:
orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.”
(SURAH AT-TAUBAT: 20)

Maksud jihad bukannya sahaja adalah untuk menentang dan melawan musuh Allah tetapi maksud yang sebenarnya atau pokoknya ialah untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini dengan menggunakan seluruh tenaga dan kemampuan kita hanyalah kerana Allah dan agamaNya (lillahi ta’ala).

Jihad terdapat 4 peringkat iaitu:
1. Berjihad membaiki diri
2. Berjihad melawan syaitan
3. Berjihad menentang orang kafir harbi dan munafik
4. Berjihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

Kebelakangan ini, ramai manusia yang menganggap bahawa jihad ini adalah sesuatu benda yang ekstrim, ganas dan seumpamanya. Orang beranggapan tersebut adalah orang yang begitu jahil dan teramat jahil atau sebutan yang lebih kasar lagi ialah bodoh. Selain itu mereka menganggap jihad itu menjadi punca kemelut dan suasana tegang di muka bumi ini, untuk mereka menganjurkan supaya tidak memilih jihad sebagai cara berjuang.

Sebenarnya, jihad ini adalah sesuatu perkara yang suci dan diredhai oleh Allah SWT. Jika kita mencampur adukan jihad dengan perbuatan seharian kita seperti mempertingkatkan prestasi kemahiran dalam apa-apa bidang, memperbaiki kelemahan diri sendiri, menuntut ilmu dan lain-lain, insya Allah kita pasti akan berjaya dan Islam akan bangkit semula seperti zaman Khalifah ar-Rasyidin, zaman Ummaiyah, zaman Abbasyiyah dan zaman Turki Uthmaniah.

Justeru itulah sekiranya kita membaca buku Fiqhus Sirah karangan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi bahawa seorang orientalis bernama Anderson merasa bimbang sekiranya umat Islam sedar perlunya jihad sebagai tunjang bagi mendaulatkan Islam. Sekiranya jihad itu dilaksanakan oleh umat Islam, ia ibarat raksasa yang dikejutkan daripada tidurnya. Sesungguhnya tidak ada kuasa yang dapat membendung kekuatan jihad.

Ternyata orientalis dan golongan serkular berusaha keras melenakan umat Islam supaya mereka tidak bangun daripada tidur mereka. Apabila muncul kesedaran untuk menghidupkan semangat jihad, mereka menaburkan pelbagai tohmahan sehingga ada dalam kalangan umat Islam sendiri memandang serong terhadap jihad. Demikianlah kekeliruan yang ditiupkan oleh golongan orientalis dalam kalangan umat Islam.

Wednesday, December 24, 2008

PRAKATA BLOGGERS

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat dan sahabat-sahabat beliau..

Alhamdulillah. Telah muncul sebuah blog yang bertajuk Mencari Jalan Allah. Inilah kerja saya (buat blog ni) semasa waktu free selepas SPM 2008 yang baru sahaja berlalu selain daripada main game, baca buku agama dan lain2 lagilah.

Saya memilih tajuk Mencari Jalan Allah ini kerana maksudnya begitu luas. Contohnya, seperti mencari keredhaanNya, fisabilillah dan lain2. Tajuk ini begitu sesuai untuk mengajak semua kalangan remaja supaya kembali ke jalan Allah khususnya untuk kalangan remaja yang tak reti-reti lagi balik ke jalan kebenaran iaitu jalan lurus dan ada juga yang masih keliru dan ragu-ragu dengan agama Allah ini (islam).

Kita semua tahu bahawa setiap orang mu’min pasti mencapai kejayaan di suatu hari nanti sebagaimana Allah SWT berfirman dalam ayat 1, surah al-Mu’minun, tetapi bilakah kejayaan itu akan dikecapi? Sesungguhnya kita wajib berusaha untuk mengubah diri kita menjadi remaja muslim yang berjaya seperti saidina Ali Karamallahhuwajhah dan Usamah bin Zaid yang usianya baru belasan tahun sudah menjadi panglima perang yang dilantik oleh rasulullah SAW. Jadi, kita wajib ubah diri kita kalau nak berjaya. Kalau nak berubah bacalah blog ini supaya iman kita lebih mantap. WE NEED TO CHANGE. ALLAHUAKBAR!
Selamat Membaca…

Sunday, December 21, 2008

TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Allah SWT berfirman:“Wahai orang-orang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (al-Hasyr :18)

Di manakah tahap kita takut kepada ALLAH? Adakah tinggi, rendah atau ditengah-tengah? Ataupun lebih mudah diungkapkan dalam peratus... 50%, 70% atau 100%... Kita sewajibnya 100% takut kepadaNya kerana Dialah yang Maha Besar, Tuhan sekalian alam dan tiada tuhan yang wujud selain ALLAH SWT.

Sebelum khatib memulakan khutbah, beliau wajib menegaskan perkataan itaqullah iaitu bertaqwalah kepada ALLAH kerana itu adalah salah satu rukun khutbah jumaat yang wajib dilakukan oleh khatib. Tiap-tiap minggu khatib di mimbar dimana-mana masjid menegaskan perkataan tersebut kepada jemaah supaya bertaqwa, beriman dan takut kepada Allah. Malangnya, masih ramai manusia tidak mahu takut dan tidak takut kepada Allah malah mereka angkuh dan bongkak serta menunjukkan kesombongan mereka terhadap PENCIPTA MEREKA, ALLAH SWT.
Maka tidak hairanlah Allah akan menurunkan bala’ dengan serta merta seperti tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini, tsunami yang berlaku pada tahun 2004, gempa bumi, banjir kilat dan macam-macam lagi. Ini semua berlaku adalah sebagai tanda peringatan kepada mereka yang kufur terhadap Allah SWT. Tidak lama kemudian mereka akan lupa dan kembali seperti asal.

Yang paling menyedihkan lagi, ada pula golongan daripada kita dalam kesusahan masih lagi menunjukkan keangkuhannya serta takburnya terhadap Allah SWT. Selain itu, ada juga golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah dalam al-Quran.
Sebagaimana Allah berfirman:
“Dan orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekalnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah at-Taghabun:10)

Ayat 10 surah at-Taghabun menerangkan ciri-ciri orang kafir ialah mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah. Mendustakan ayat-ayat Allah antaranya ialah mereka yang tidak mengambil ataupun menolak peraturan dan hukum Allah dalam al-Quran sebagai peraturan hidup, sama ada dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Golongan inilah yang tidak takut akan Allah. Sebagai contoh, dalam negara kita terdapat satu golongan yang menolak hukum hudud. Mereka berani menuduh undang-undang Allah ini tidak adil kepada masyarakat majmuk seperti negara kita. Tetapi mereka mengambil sebahagian peraturan-peraturan Allah seperti solat, puasa, haji dan zakat. Orang-orang mengambil sebahagian hukum-hukum Allah atau ayat-ayat al-Quran dianggap serkular. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil!

Golongan yang tidak takut akan Allah dan tidak beriman sudah semestinya tempat tinggalnya ialah neraka di akhirat kelak iaitu tempat seburuk-buruknya kembali. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah dengan keadaan seperti sekarang?
Kata Hasan al-Basri “Di padang mahsyar nanti, semua muka manusia terpaksa memandang ke atas kerana mereka tidak sanggup memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing di dalam kesusahan.”

Orang mu’min adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya.
Sebagaimana Abul-Laits telah berkata, “Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.”

Tanda-tanda:
1. Pada lisannya, dia menghindarkan diri daripada berbual kosong, gossip, berbohong dan banyak bercakap, malah dia mendekatkan diri kepada Allah seperti zikir, membaca al-Quran dan muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya iaitu buang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap kawan. Ingat, kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda: “Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api.”
3. Pada pandangannya iaitu tidak suka memandang benda-benda haram. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat”
4. Pada perutnya iaitu tidak diisi barang haram. Sebagaimana Nabi SAW bersabda: “Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut sesorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka.”
5. Pada kedua tangannya iaitu menolak benda-benda haram dan digunakan untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata: “ Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan daripada zarbajud hijau. Di dalamnya terdapat 70,000 aula. Setiap aula terdapat 70,000 pondok. Tidak ada siapa boleh masuk melainkan orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah.”
6. Pada langkahnya (kakinya) iaitu tidak berjalan untuk maksiat dan perbanyakkan langkah masuk ke dalam masjid serta banyak bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT dalam ayat 45 surah al-Hijr: “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga).”
Seolah-olah Allah mengatakan, “Sesungguhnya pada hari kiamat mereka selamat daripada api neraka.”



Wednesday, December 17, 2008

GAMBAR-GAMBAR BENCANA ALAM


gambar ombak tsunami yang berbentuk kalimah "ALLAH"...



gambar ombak tsunami dari luar angkasa...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...