Pages

Wednesday, December 31, 2008

SEMANGAT JIHAD


“Sesungguhnya Allah Firman Allah SWT:
orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.”
(SURAH AT-TAUBAT: 20)

Maksud jihad bukannya sahaja adalah untuk menentang dan melawan musuh Allah tetapi maksud yang sebenarnya atau pokoknya ialah untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini dengan menggunakan seluruh tenaga dan kemampuan kita hanyalah kerana Allah dan agamaNya (lillahi ta’ala).

Jihad terdapat 4 peringkat iaitu:
1. Berjihad membaiki diri
2. Berjihad melawan syaitan
3. Berjihad menentang orang kafir harbi dan munafik
4. Berjihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

Kebelakangan ini, ramai manusia yang menganggap bahawa jihad ini adalah sesuatu benda yang ekstrim, ganas dan seumpamanya. Orang beranggapan tersebut adalah orang yang begitu jahil dan teramat jahil atau sebutan yang lebih kasar lagi ialah bodoh. Selain itu mereka menganggap jihad itu menjadi punca kemelut dan suasana tegang di muka bumi ini, untuk mereka menganjurkan supaya tidak memilih jihad sebagai cara berjuang.

Sebenarnya, jihad ini adalah sesuatu perkara yang suci dan diredhai oleh Allah SWT. Jika kita mencampur adukan jihad dengan perbuatan seharian kita seperti mempertingkatkan prestasi kemahiran dalam apa-apa bidang, memperbaiki kelemahan diri sendiri, menuntut ilmu dan lain-lain, insya Allah kita pasti akan berjaya dan Islam akan bangkit semula seperti zaman Khalifah ar-Rasyidin, zaman Ummaiyah, zaman Abbasyiyah dan zaman Turki Uthmaniah.

Justeru itulah sekiranya kita membaca buku Fiqhus Sirah karangan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi bahawa seorang orientalis bernama Anderson merasa bimbang sekiranya umat Islam sedar perlunya jihad sebagai tunjang bagi mendaulatkan Islam. Sekiranya jihad itu dilaksanakan oleh umat Islam, ia ibarat raksasa yang dikejutkan daripada tidurnya. Sesungguhnya tidak ada kuasa yang dapat membendung kekuatan jihad.

Ternyata orientalis dan golongan serkular berusaha keras melenakan umat Islam supaya mereka tidak bangun daripada tidur mereka. Apabila muncul kesedaran untuk menghidupkan semangat jihad, mereka menaburkan pelbagai tohmahan sehingga ada dalam kalangan umat Islam sendiri memandang serong terhadap jihad. Demikianlah kekeliruan yang ditiupkan oleh golongan orientalis dalam kalangan umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...