Pages

Saturday, January 15, 2011

Pengorbanan si Anak Kecil


Kisah ini berlaku di Palestin sewaktu tentera Sultan Salahuddin bertempur dengan tentera Salib.
Pasukan Salib yang berasal dari pelbagai penjuru Eropah datang ke Palestin memerangi kaum muslimin di sana.



Di sana ada sebuah keluarga miskin yang terdiri daripada seorng ibu dan anaknya. Ibu berkata kepada anaknya:
"Pasukan Salib telah menguasai daerah kita dan merampas semua kekayaan kita. Kita tidak memiliki apa-apa lagi kecuali seekor kambing. Wahai anakku, ibu minta kau mahu menjaganya dengan baik. Kerana itulah harta kita satu-satunya!"

Anak itu membawa kambingnya ke tempat pengembalaan yang subur. Dan membiarkan kambing itu makan rumput-rumpt hijau yang segar.
Ketika kambingnya asyik makan, ia duduk di bawah pohon yang rendang sambil mengawasinya. Anak itu berkata kepada dirinya sendiri:
"Susu yang akan keluar dari kambing ini adalah satu-satunya sumber makanan bagiku dan ibuku. Sebahagian susu itu akan aku jual di pasar dan sebahagian lagi untuk minum. Maka aku harus menggembalannya dengan baik!"


Ketika dia sedang asyik befikir dan mengelamun, tiba-tiba ia mendengar derap kaki kuda. Ia melihat ke arah datangnya kaki kuda. Di kejauhan debu mengepul dan ia melihat ada segerombolan pasukan datang. Segera ia lari ke arah kambing kesayangannya dan membawanya bersembunyi ke semak-semak yang rimbun. Disebalik semak itu, anak itu melihat pertempuran sengit berlaku. Sekelompok pasukan salib sedang mengejar-negjar pasukan muslimin. Anak itu terus menggu sampai pasukan itu menjauh. Lalu ia menuntun kambingnya menuju ke rumah untuk melihat keadaan ibunya.

Saat ia sudah hampir dengan rumahnya, ia melihat seorang tentera muslimin sedang memapah temannya yang cedera. Tentera itu meminta seteguk air untuk diminum daripada anak itu. Anak itu tidak menemukan air di rumahnya kecuali sedikit dan tidak cukup untuk tentera itu. Anak itu segera berfikir. Ia kembali ke rumahnya mengambil mangkuk. Lalu ia memerah susu kambingnya dan memberikan mangkuk yang berisi susu itu kepada kedua tentera tersebut. Ketika dirasa masih kurang, ia kembali memerah susu kambingnya sampai keduanya cukup minum. Kedua tentera itu mengucapkan terima kasih padanya. Tentera yang tercedera berkata kepadanya dengan nada suara yang tersekat-sekat:
"Allah memberkatimu, anakku... kau telah menyelamatkan nyawaku!"

Kedua tentera itu lalu pulang. Anak itu lalu masuk ke dalam rumahnya. Ibunya marah melihat apa yang dilakukan oleh anaknya:
"Apa yang kau lakukan wahai anakku? Kau telah memerah semua isi susu kambing kita dan kau berikan kepada kedua tentera itu. Dan tidak kau tinggalkan untuk kita sama sekali!!"

Anak itu berkata dengan nada suara yang lembut:
"Ummi, kita sabar sebentar. Tak lama lagi susu kambing itu akan terisi semula Ummi, aku tidak sanggup melihat kedua tentera muslimin itu mati kehausan!"

Bulan berganti bulan. Kaum muslimin mengecapi kemenangan di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayubi. Palestin kini ditawan kembali.

Tatkala anak itu sedang bermain di depan halaman rumahnya, ia melihat ada dua orang berjalan ke arahnya. Keduanya mengiring kambing yang banyak jumlahnya.

Salah seorang berkata:
"Anak yang soleh, ini ada 40 ekor kambing. Kesemuanya dihadiahkan kepadamu dari komandan kami. Kau telah berjasa menyelamatkan nyawanya!"

"Tetapi aku tidak melakukan hal yang selayaknya untuk menerima hadiah yang cukup besar ini Tuan."sahut anak itu.

"Bahkan kau telah berjasa besar sekali. Kau telah menyelamatkan nyawa salah seorang komandan pasukan kepercayaan Sultan Salahuddin. Secara tidak langsung kau telah ikut turut serta dalam kemenangan kaum muslimin."

Dua tentera tersebut menyalami anak itu dengan hangat lalu berpergian. Ketika kedua yentera itu melangkah pergi, sang ibu keluar dari rumah lalu ia mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang seraya berkata:
"Aku telah mendengar semua perbualan kalian. Segala puji Allah yang telah menggantikan harta kita yang hilang!"

"Amal kebaikan tidak pernah hilang,Ummi." jawab si anak lirih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...