Pages

Thursday, January 27, 2011

Aku dan Zaman Sekolah

Buruk!!! tapi sekarang dah cantik.. cat baru...


Dah lama sebenarnya ingin saya kongsikan pengalaman saya sewaktu zaman persekolahan. Terutamanya semasa belajar di sekolah menegah. Pengalaman saya sebagai pelajar yang mahu taat pada perintah Allah dan rasulNya. Pengalaman saya bersekolah dalam masyarakat pelajarnya yang sosial yang tiada hujungnya.

KUASA PENGARUH KAWAN

Tidak dinafikan lagi bahawa power pengaruh kawan lebih kuat b

erbanding dengan kata2 ibubapa. Saya pernah terjebak dengan budaya pergi cyber cafe. Waktu tu saya tingkatan 1. Setiap kali koko ponteng pergi CC. Pernah beberapa kali jugak ponteng tuisyen. Hehe…. Sepandai-pandai katak melompat akhirnya tersangkut juga di net.. Akhirnya diketahui juga oleh mak ngan abah.. hoho.. teruk kena marah…

MENUJU KEBAIKAN

Saya mula berfikir matang sewaktu tingkatan 2. “Kalaulah kawan2 sebaya aku ni baik maka masa depan sekolah ni pun baik.” Sejak dari itu saya mengajak kawan2 pergi masjid. Sekurang-kurangnya datanglah masjid pada malam jumaat pun tak pe..baca surah yasin…

TREND KELAS

Saya tak pernah tukar sekolah sejak dari form 1. Ingin juga bersekolah di MRSM setelah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Tapi tak berkesempaian. Saya mula bersekolah dari kelas bawah. Dan di akhiri dengan kelas kedua atas. Maka saya tak bersasa janggal la nak berkawan dengan semua orang.

Apa yang saya perhatikan dengan sekolah ni. Kelas2 bawah je mesti majoritinya adalah budak2 flat (bukan nak memperlekehkan) tapi ini adalah fakta. Dan majoritinya adalah melayu muslim. Sampai sekarang saya berasa agak terkilan. Dan yang kelas atas pula ramai diantaranya adalah cina. (adakah ku silap Negara??) Kebanyakkan melayu muslim akan berpindah sekolah setelah tamat form3.

Paling teruk sekali semasa badge saya la. Kelas pertama ada 3 orang je melayu muslim. Kelas kedua (kelas saya)boleh tahan gak la. Tapi lelaki dalam kepupusan.

PEREMPUAN

Secara jujur saya katakan bahawa perempuan melayu muslim kebanyakkannya disini tidak pandai menjaga kehormatan diri. Lelaki pun sama gak. Tapi perempuan ni fitrahnya adalah lemah dan lembut. Jadi nampak lain macam kalau mereka tidak menjaga fitrah mereka.

UJIAN

dari kiri: saya,azman,radzuan,ammar

Saya ni adalah pendiam. Lelaki pelik sebab muka serius gila.. sampai perempuan pun takut nak cakap.. hahaha…. Muka tak pernah senyum bila jumpa perempuan..

Sekolah ni pelik la.. pandai2 je melabelkan aku seperti itu… Aku lelaki normal la.. Cuma aku mahu menjaga iman dan kehormatan diriku..

Mataku dan kawan2ku selalu diuji.. wahhh... lebih2 lagi waktu cheerleading buat persembahan.. huyyyoooo... peha amoi pun boleh tahan...huisshhh.. istighfar3x..

Sudah menjadi adat dalam sekolah ni.. soSIAL banyak sangat.. sorang2 kene virus jahiliyyah.. ish2..

Tapi saya yakin bahawa sekolah ni tak lama lagi akan bawa perubahan.. Tak lain tak bukan bekas pelajar sekolah ni sendiri perlu mengubahnya.. Tanamkan niat..

*MEMBINA GENERASI HARAPAN*

Saturday, January 15, 2011

Pengorbanan si Anak Kecil


Kisah ini berlaku di Palestin sewaktu tentera Sultan Salahuddin bertempur dengan tentera Salib.
Pasukan Salib yang berasal dari pelbagai penjuru Eropah datang ke Palestin memerangi kaum muslimin di sana.



Di sana ada sebuah keluarga miskin yang terdiri daripada seorng ibu dan anaknya. Ibu berkata kepada anaknya:
"Pasukan Salib telah menguasai daerah kita dan merampas semua kekayaan kita. Kita tidak memiliki apa-apa lagi kecuali seekor kambing. Wahai anakku, ibu minta kau mahu menjaganya dengan baik. Kerana itulah harta kita satu-satunya!"

Anak itu membawa kambingnya ke tempat pengembalaan yang subur. Dan membiarkan kambing itu makan rumput-rumpt hijau yang segar.
Ketika kambingnya asyik makan, ia duduk di bawah pohon yang rendang sambil mengawasinya. Anak itu berkata kepada dirinya sendiri:
"Susu yang akan keluar dari kambing ini adalah satu-satunya sumber makanan bagiku dan ibuku. Sebahagian susu itu akan aku jual di pasar dan sebahagian lagi untuk minum. Maka aku harus menggembalannya dengan baik!"


Ketika dia sedang asyik befikir dan mengelamun, tiba-tiba ia mendengar derap kaki kuda. Ia melihat ke arah datangnya kaki kuda. Di kejauhan debu mengepul dan ia melihat ada segerombolan pasukan datang. Segera ia lari ke arah kambing kesayangannya dan membawanya bersembunyi ke semak-semak yang rimbun. Disebalik semak itu, anak itu melihat pertempuran sengit berlaku. Sekelompok pasukan salib sedang mengejar-negjar pasukan muslimin. Anak itu terus menggu sampai pasukan itu menjauh. Lalu ia menuntun kambingnya menuju ke rumah untuk melihat keadaan ibunya.

Saat ia sudah hampir dengan rumahnya, ia melihat seorang tentera muslimin sedang memapah temannya yang cedera. Tentera itu meminta seteguk air untuk diminum daripada anak itu. Anak itu tidak menemukan air di rumahnya kecuali sedikit dan tidak cukup untuk tentera itu. Anak itu segera berfikir. Ia kembali ke rumahnya mengambil mangkuk. Lalu ia memerah susu kambingnya dan memberikan mangkuk yang berisi susu itu kepada kedua tentera tersebut. Ketika dirasa masih kurang, ia kembali memerah susu kambingnya sampai keduanya cukup minum. Kedua tentera itu mengucapkan terima kasih padanya. Tentera yang tercedera berkata kepadanya dengan nada suara yang tersekat-sekat:
"Allah memberkatimu, anakku... kau telah menyelamatkan nyawaku!"

Kedua tentera itu lalu pulang. Anak itu lalu masuk ke dalam rumahnya. Ibunya marah melihat apa yang dilakukan oleh anaknya:
"Apa yang kau lakukan wahai anakku? Kau telah memerah semua isi susu kambing kita dan kau berikan kepada kedua tentera itu. Dan tidak kau tinggalkan untuk kita sama sekali!!"

Anak itu berkata dengan nada suara yang lembut:
"Ummi, kita sabar sebentar. Tak lama lagi susu kambing itu akan terisi semula Ummi, aku tidak sanggup melihat kedua tentera muslimin itu mati kehausan!"

Bulan berganti bulan. Kaum muslimin mengecapi kemenangan di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayubi. Palestin kini ditawan kembali.

Tatkala anak itu sedang bermain di depan halaman rumahnya, ia melihat ada dua orang berjalan ke arahnya. Keduanya mengiring kambing yang banyak jumlahnya.

Salah seorang berkata:
"Anak yang soleh, ini ada 40 ekor kambing. Kesemuanya dihadiahkan kepadamu dari komandan kami. Kau telah berjasa menyelamatkan nyawanya!"

"Tetapi aku tidak melakukan hal yang selayaknya untuk menerima hadiah yang cukup besar ini Tuan."sahut anak itu.

"Bahkan kau telah berjasa besar sekali. Kau telah menyelamatkan nyawa salah seorang komandan pasukan kepercayaan Sultan Salahuddin. Secara tidak langsung kau telah ikut turut serta dalam kemenangan kaum muslimin."

Dua tentera tersebut menyalami anak itu dengan hangat lalu berpergian. Ketika kedua yentera itu melangkah pergi, sang ibu keluar dari rumah lalu ia mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang seraya berkata:
"Aku telah mendengar semua perbualan kalian. Segala puji Allah yang telah menggantikan harta kita yang hilang!"

"Amal kebaikan tidak pernah hilang,Ummi." jawab si anak lirih.

Wednesday, January 5, 2011

Penulisan salah satu Wasilah.. adakah ku lupa??


hrmmmm.. Sudah lama ku tidak update blog ini..
Sejak awal tahun 2009 hingga ke tahun ini, tahun 2011.. (selamat tahun baru)..
Blog ini saya create seusai saja penjajahan SPM berakhir.
Selepas itu mungkin kemalasan merajai diri menyebabkan ku sekian lama tidak update blog ini.
Atau mungkin tiada keinginan sebab tidak ada yang follow..Jadi siapa yang nak baca???

Rupa-rupanya ada juga segelintir hamba Allah yang baca blog ini dan mengajukan soalan ke email saya..

ermm.. baru ku tahu.. dan ku muhasabah diri ini..
Adakah ku lupa bahawa penulisan ini adalah salah satu wasilah dakwah??

Apabila menilai kembali sirah nabi, terasa diri ini sangatlah malu..
Semasa awal dakwah, rasulullah berdakwah di Taif. Rasulullah menyeru kepada semua penduduk sembahlah kalian kepada Allah dan taatlah perintahNya..
Adakah mereka mendengar dan menerima seruan rasulullah??
Jawapannya TIDAK..
Malah rasulullah dimaki, dicaci dan dihina..dan dibaling batu..

Apa yang saya nak kaitkan dengan sirah ini ialah Allah menilai seseorang itu dari usahanya..
BUKAN pengikut..
Adakah Allah menilai bilangan follower di blog??
atau Allah menilai usaha si penulis yang mngajak seruan risalah Allah??

renung-renungkan kembali...

Thursday, January 8, 2009

BANGKITLAH!!




Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri mereka dan harta mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka membunuh dan dibunuh…”
(Surah at-Taubah:111)


Baru-baru ini tanah suci ke-3 umat Islam, Palestin sekali lagi diserang oleh rejim zionis yahudi laknatullah. Serangan tersebut telah membabitkan ratusan nyawa atau berkemungkinan ribuan nyawa (hanya Allah yang tahu) umat Islam dibunuh dengan kejam. Kekejaman tersebut masih lagi berlanjutan hingga ke hari ini dan ceritanya masih lagi berulang-ulang.


Sudah 60 tahun bumi para anbia dan solihin diduduki dan dikuasai oleh yahudi dan tiada bantuan dan tindakan yang menyusul oleh negara-negara Islam termasuk Malaysia. Yang sekarang ini hanya adalah kutukan secara besar-besaran oleh seluruh masyarakat dunia terhadap serangan yahudi laknatullah. Tetapi, tindakan tersebut tidak membuahkan hasil bahkan Allah SWT sudah lama mengutuk bangsa terkeji yahudi dalam beberapa ayat dalam al-Quran. Hingga kini, bangsa tersebut masih lagi tidak terasa dan mereka rileks sahaja serta goyang kaki. Apa yang saya tahu, mereka takutkan ialah umat Islam seluruh dunia menyedari tentang kepentingan jihad serta bersatu menentang kezaliman. Oleh disebabkan itu, mereka berusaha untuk melenakan umat Islam dan usaha mereka benar-benar berhasil. Maka lahirlah umat Islam yang cinta akan dunia dan takut akan mati sebagai contoh ialah apa yang terjadi pada umat-umat kita sekarang ni.


Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Daripada Tsauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Akan datang pada suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa (selain umat Islam) bersatu dan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka.
Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu?’
Rasulullah menjawab: ‘Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai (majoriti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih di lautan yang dibawa oleh arus air. Allah telah mencabut duri hati musuhmu perasaan takut terhadap kamu dan Allah mencampakkan perasaan ‘wahn’ ke dalam hati kamu.’
Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahn’ itu?’
Rasulullah SAW menjawab: ‘Cinta dunia dan takut mati’”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 111 yang tertera di atas bahawa bukannya mudah untuk masuk ke syurga kerana Allah akan membeli kita punya jiwa, harta benda kita and then barulah boleh masuk ke syurga Allah tetapi dengan syarat kita perlu berjuang dan berjihad di jalan Allah. Solat, puasa, zakat dan haji belum tentu kita jamin masuk ke syurga, kalau beranggapan sedemikian senanglah masuk syurga.


Wahai sahabat-sahabat seagamaku BANGKITLAH kamu daripada LENAAN DUANIAWI yang dicipta oleh orang kafirun! Marilah kita berjuang di jalan Allah dan semaikanlah semangat jihad dalam diri kamu untuk menggerun musuh-musuh Islam! Gunakanlah ijazah atau kuasa yang dimiliki sebagai cara untuk kita berdakwah serta membebaskan Palestin daripada yahudi laknatullah.

Wednesday, December 31, 2008

SEMANGAT JIHAD


“Sesungguhnya Allah Firman Allah SWT:
orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya.”
(SURAH AT-TAUBAT: 20)

Maksud jihad bukannya sahaja adalah untuk menentang dan melawan musuh Allah tetapi maksud yang sebenarnya atau pokoknya ialah untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini dengan menggunakan seluruh tenaga dan kemampuan kita hanyalah kerana Allah dan agamaNya (lillahi ta’ala).

Jihad terdapat 4 peringkat iaitu:
1. Berjihad membaiki diri
2. Berjihad melawan syaitan
3. Berjihad menentang orang kafir harbi dan munafik
4. Berjihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

Kebelakangan ini, ramai manusia yang menganggap bahawa jihad ini adalah sesuatu benda yang ekstrim, ganas dan seumpamanya. Orang beranggapan tersebut adalah orang yang begitu jahil dan teramat jahil atau sebutan yang lebih kasar lagi ialah bodoh. Selain itu mereka menganggap jihad itu menjadi punca kemelut dan suasana tegang di muka bumi ini, untuk mereka menganjurkan supaya tidak memilih jihad sebagai cara berjuang.

Sebenarnya, jihad ini adalah sesuatu perkara yang suci dan diredhai oleh Allah SWT. Jika kita mencampur adukan jihad dengan perbuatan seharian kita seperti mempertingkatkan prestasi kemahiran dalam apa-apa bidang, memperbaiki kelemahan diri sendiri, menuntut ilmu dan lain-lain, insya Allah kita pasti akan berjaya dan Islam akan bangkit semula seperti zaman Khalifah ar-Rasyidin, zaman Ummaiyah, zaman Abbasyiyah dan zaman Turki Uthmaniah.

Justeru itulah sekiranya kita membaca buku Fiqhus Sirah karangan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi bahawa seorang orientalis bernama Anderson merasa bimbang sekiranya umat Islam sedar perlunya jihad sebagai tunjang bagi mendaulatkan Islam. Sekiranya jihad itu dilaksanakan oleh umat Islam, ia ibarat raksasa yang dikejutkan daripada tidurnya. Sesungguhnya tidak ada kuasa yang dapat membendung kekuatan jihad.

Ternyata orientalis dan golongan serkular berusaha keras melenakan umat Islam supaya mereka tidak bangun daripada tidur mereka. Apabila muncul kesedaran untuk menghidupkan semangat jihad, mereka menaburkan pelbagai tohmahan sehingga ada dalam kalangan umat Islam sendiri memandang serong terhadap jihad. Demikianlah kekeliruan yang ditiupkan oleh golongan orientalis dalam kalangan umat Islam.

Wednesday, December 24, 2008

PRAKATA BLOGGERS

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat dan sahabat-sahabat beliau..

Alhamdulillah. Telah muncul sebuah blog yang bertajuk Mencari Jalan Allah. Inilah kerja saya (buat blog ni) semasa waktu free selepas SPM 2008 yang baru sahaja berlalu selain daripada main game, baca buku agama dan lain2 lagilah.

Saya memilih tajuk Mencari Jalan Allah ini kerana maksudnya begitu luas. Contohnya, seperti mencari keredhaanNya, fisabilillah dan lain2. Tajuk ini begitu sesuai untuk mengajak semua kalangan remaja supaya kembali ke jalan Allah khususnya untuk kalangan remaja yang tak reti-reti lagi balik ke jalan kebenaran iaitu jalan lurus dan ada juga yang masih keliru dan ragu-ragu dengan agama Allah ini (islam).

Kita semua tahu bahawa setiap orang mu’min pasti mencapai kejayaan di suatu hari nanti sebagaimana Allah SWT berfirman dalam ayat 1, surah al-Mu’minun, tetapi bilakah kejayaan itu akan dikecapi? Sesungguhnya kita wajib berusaha untuk mengubah diri kita menjadi remaja muslim yang berjaya seperti saidina Ali Karamallahhuwajhah dan Usamah bin Zaid yang usianya baru belasan tahun sudah menjadi panglima perang yang dilantik oleh rasulullah SAW. Jadi, kita wajib ubah diri kita kalau nak berjaya. Kalau nak berubah bacalah blog ini supaya iman kita lebih mantap. WE NEED TO CHANGE. ALLAHUAKBAR!
Selamat Membaca…

Sunday, December 21, 2008

TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Allah SWT berfirman:“Wahai orang-orang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (al-Hasyr :18)

Di manakah tahap kita takut kepada ALLAH? Adakah tinggi, rendah atau ditengah-tengah? Ataupun lebih mudah diungkapkan dalam peratus... 50%, 70% atau 100%... Kita sewajibnya 100% takut kepadaNya kerana Dialah yang Maha Besar, Tuhan sekalian alam dan tiada tuhan yang wujud selain ALLAH SWT.

Sebelum khatib memulakan khutbah, beliau wajib menegaskan perkataan itaqullah iaitu bertaqwalah kepada ALLAH kerana itu adalah salah satu rukun khutbah jumaat yang wajib dilakukan oleh khatib. Tiap-tiap minggu khatib di mimbar dimana-mana masjid menegaskan perkataan tersebut kepada jemaah supaya bertaqwa, beriman dan takut kepada Allah. Malangnya, masih ramai manusia tidak mahu takut dan tidak takut kepada Allah malah mereka angkuh dan bongkak serta menunjukkan kesombongan mereka terhadap PENCIPTA MEREKA, ALLAH SWT.
Maka tidak hairanlah Allah akan menurunkan bala’ dengan serta merta seperti tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini, tsunami yang berlaku pada tahun 2004, gempa bumi, banjir kilat dan macam-macam lagi. Ini semua berlaku adalah sebagai tanda peringatan kepada mereka yang kufur terhadap Allah SWT. Tidak lama kemudian mereka akan lupa dan kembali seperti asal.

Yang paling menyedihkan lagi, ada pula golongan daripada kita dalam kesusahan masih lagi menunjukkan keangkuhannya serta takburnya terhadap Allah SWT. Selain itu, ada juga golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah dalam al-Quran.
Sebagaimana Allah berfirman:
“Dan orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekalnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah at-Taghabun:10)

Ayat 10 surah at-Taghabun menerangkan ciri-ciri orang kafir ialah mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah. Mendustakan ayat-ayat Allah antaranya ialah mereka yang tidak mengambil ataupun menolak peraturan dan hukum Allah dalam al-Quran sebagai peraturan hidup, sama ada dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Golongan inilah yang tidak takut akan Allah. Sebagai contoh, dalam negara kita terdapat satu golongan yang menolak hukum hudud. Mereka berani menuduh undang-undang Allah ini tidak adil kepada masyarakat majmuk seperti negara kita. Tetapi mereka mengambil sebahagian peraturan-peraturan Allah seperti solat, puasa, haji dan zakat. Orang-orang mengambil sebahagian hukum-hukum Allah atau ayat-ayat al-Quran dianggap serkular. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil!

Golongan yang tidak takut akan Allah dan tidak beriman sudah semestinya tempat tinggalnya ialah neraka di akhirat kelak iaitu tempat seburuk-buruknya kembali. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah dengan keadaan seperti sekarang?
Kata Hasan al-Basri “Di padang mahsyar nanti, semua muka manusia terpaksa memandang ke atas kerana mereka tidak sanggup memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing di dalam kesusahan.”

Orang mu’min adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya.
Sebagaimana Abul-Laits telah berkata, “Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.”

Tanda-tanda:
1. Pada lisannya, dia menghindarkan diri daripada berbual kosong, gossip, berbohong dan banyak bercakap, malah dia mendekatkan diri kepada Allah seperti zikir, membaca al-Quran dan muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya iaitu buang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap kawan. Ingat, kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda: “Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api.”
3. Pada pandangannya iaitu tidak suka memandang benda-benda haram. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat”
4. Pada perutnya iaitu tidak diisi barang haram. Sebagaimana Nabi SAW bersabda: “Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut sesorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka.”
5. Pada kedua tangannya iaitu menolak benda-benda haram dan digunakan untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata: “ Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan daripada zarbajud hijau. Di dalamnya terdapat 70,000 aula. Setiap aula terdapat 70,000 pondok. Tidak ada siapa boleh masuk melainkan orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah.”
6. Pada langkahnya (kakinya) iaitu tidak berjalan untuk maksiat dan perbanyakkan langkah masuk ke dalam masjid serta banyak bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT dalam ayat 45 surah al-Hijr: “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga).”
Seolah-olah Allah mengatakan, “Sesungguhnya pada hari kiamat mereka selamat daripada api neraka.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...